Dengarkanlah kisah cinta izla,
Gadis idamanku zaman remaja,
Jalan nyata semanis cinta biasa,
Namun akhirnya terus berbunga,
Cinta lahir dari rasa benci,
Cinta lahir dari sebuah puisi.
Namun kisah tak kekal selamanya,
Cuma ia sewaktu remaja,
Mentari cerah beralun kicauan burung meriah,
Aku teringat indahnya zaman sekolah,
Di sana terlihat sekumpulan gadis popular,
Di atas anjung pula terlihat kumpulan gangster,
Hari pertama biasa hari kenalan,
Sorang perseorangan nama diperkenalkan,
Terdapat ramai gadis manis dalam kelasku,
Bagai sekumpulan ratu cantik sedang beratur,
Mata lekat pada sorang gadis bernama Izla,
Ramai jejaka di sekolah gaduh rebutkan dia,
Tahunya begitu aku terus buang harapan,
Tak mahuku jadi mangsa pukul kerna perempuan,
Namun terkejutku dengar cerita yang telah tersebar,
Izla terpikat padaku inginku jadi pacar,
Tiba-tiba Tina kata jangan terus percaya,
Izla Cuma tunjuk dia boleh pikat semua jejaka,,,
Sah memang benar,
Izla dah dicabar,
Kalau dapat aku dalam satu minggu menang besar,
Kalau kalah,
Izla kena hukum,
Beli makanan untuk kawan-kawan sedia maklum,
Dan hari Isnin,
Izla mulakan strategi,
Dia Cuma ada masa dalam 5 hari,
Izla dekat padaku,Duduk di sebelah,
Minta aku tulis puisi untuk letak dalam majalah,
Aku kata boleh saja sambil beri muka selamba,
Esok hantar kalau idea sudah ada,
Loceng pun berbunyi,
Lalu aku terus beredar,
Tinggalkan Izla di belakang dengan muka kecewa,
Tinggal satu hari,
Godaannya takku layan,
Izla putus asa dan tunjukkan muka bosan,
Izla kata tak pernah dia jumpa orang sepertiku,
Sombong mengada-ngada jual mahal nanti tak laku,
Dan hari itu aku hantar puisi di mejanya,
Puisi tentang cinta yang bukan mainan semata,
Di situ ku tulis bahawa aku tahu niatnya,
Namun tetapku luahkan rasa cintaku padanya,
Izla mula sedar,Dan memohon maaf padaku,
Tapi dalam mainan dia benar cinta padaku,
Cuma terlalu payah egonya untuk mengaku,
Tapi ku tak kisah,
Yang berlalu biar berlalu,
Yang pasti cinta kami mula bersemi,
Ponakan asmara disirami setiap hari,
Ramai tak percaya,Nyata Lia telah berubah,
Perubahan dari gadis terpopular dalam sekolah,
Dia serahkan cintanya cuma hanya untuk diriku,
Lalu ramai rasa benci ramai juga rasa cemburu,
Budak lapor kami berduaan di tempat sunyi,Hingga kami dibuang sekolah,
Dan tak pernah jumpa lagi.